Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 153:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
telah imbas kembali apa yang berlaku dalam perang Uhud, Apabila mereka melihat
Musrikin hampir kalah dan meninggalkan lembah peperangan dan meninggalkan
semua kelengkapan harta perang, maka sebahagian Mukmin yang bertahan berada
diatas bukit itu menerpa turun mendapatkan harta perang tersebut, kemudian
Musrikin mengambil kesempatan itu membalas serangan bertubi-tubi kepada mereka
dan Mukmin lari lintang pukang ke atas bukit bagi menyelamatkan diri. Diwaktu itu kedengaran Rasulullah memanggil mereka dari belakang dan
berseru, marilah wahai hamba Allah saya ini Rasulullah siapa yang balik kemari
dia akan memperolehi syurga. Itulah seruan Rasulullah kepada mereka itu tapi
mereka engkar dan terkuburlah mereka itu dimedan perang.
Inilah
balasan Allah kepada mereka yang melarikan
diri dengan kedukaan bertimpa kedukaan dan duka pertama kerana terluput
daripada mendaptat kemenangan dan luput mendapat harta rampasan perang, dan
duka keduanya kerana mengalami kematian dan ketewasan dimedan perang. Balasan
yang diterima ini merupakan duka bertimpa dan duka itu gunanya untuk melatih
jiwa kamu supaya kamu tahan merasakan pahit getirnya kedukaan dan tahan
mengalami penderitaan, tahan tidak berduka cita bila terkenang kepada sesuatu
yang telah luput daripada gengaman tangan, dan tahan pula menghadapi malapetaka
dan kemalangan.
Oleh itu
Allah telah menegaskan, Allah yang mengetahui segala amal dan perbuatan kamu
serta apa yang menjadi cita-cita kamu itu samada baik atau buruk, dan
masing-masing pasti diberi balsaan.
Ayat ini
merupakan doroangan supaya mentaati Allah dan jangan menderhakai Nya.
.
[previous] [next] [home]
.
Rujukan sumber,
[previous] [next] [home]
.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160, [GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8