Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 152:
Ringkasan tafsir;
Diriwayat
alkisah apabila Mukmin pulang ke Madinah dari peperangan Uhud, maka ada
sebahagian mukmin bersunggut dan berkata, bagaimana kita terima malapetaka yang
seperti ini pada hal Allah ada menjanjikan kita kemenangan, maka turunlah ayat
ini bagi menjawab soalan itu;
Allah
menepati janji Nya kepada Mukmin untuk mengalahkan musuh dengan kemudahan
pertolongan Allah serta keizinan Nya dan akan dapat kalah musuh sekiranya kamu
mematuhi perintah Rasul utusan Allah tapi malangnya sebahagian dari kamu engkar
derhakai perintah Nabi setelah kamu lihat harta rampasan perang yang
ditinggalkan oleh musrikin dilembah sana.
Sebahagian
mereka terbayang kelemahan akan kekalahan dalam berfkir beramal dan tidak
terdaya kamu mempertahankan keinginan
nafsu yang bergelora mengingini harta rampasan dan bertengkar sesama
sendiri, sehingga Allah menghentikan pertolongan yang dikurniakan kepada kamu,
kerana sebahagian dari kamu telah menyalahi perintah Rasulullah dan menderhakai
pimpinan nya, maka ketika itulah juga terhentilah pertolongan dan terputuslah
bantuan Allah.
Sebelum
ini, Allah telah menjamin akan menolong hanya kepada mereka yang bertakwa sabar
serta taat kepada Allah, maka dengan syarat inilah akan Allah memberi
pertolongan kepada mereka yang bersyukur.
Disinilah
Allah telah memberi pengajaran kepada Mukmin dalam peperangan itu, dan ada dua
golongan Mukmin yang melihat keduniaan dan akhirat, dan mereka yang mengharapkan
kepada dunia itu engkar dan menuju kelembah untuk mendapat harta perang, dan
mereka yang kekal taat perintah Rasul itu adalah mereka yang kekal berdiri diatas
bukit itu dan ingat kepada akhirat, oleh itu berlakulah kekalahan pihak Mukmin.
Kemudian
Allah telah menyatakan kesediaan memberi maaf dan mengampun dosa mereka , walau
pun mereka telah berdosa disebabkan melanggar dan menyalahi perintah Rasul. Dan
kesan dari kemaafan ini ternyata mereka mendapat kemenangan dan kejayaan dalam
peperangan “Hamara’ul Asad”.
.
,
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160, [GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8
No comments:
Post a Comment