Tuesday 11 June 2019

Al-Imran Ayat 153


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 153:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini telah imbas kembali apa yang berlaku dalam perang Uhud, Apabila mereka melihat Musrikin hampir kalah dan meninggalkan lembah peperangan dan meninggalkan semua kelengkapan harta perang, maka sebahagian Mukmin yang bertahan berada diatas bukit itu menerpa turun mendapatkan harta perang tersebut, kemudian Musrikin mengambil kesempatan itu membalas serangan bertubi-tubi kepada mereka dan Mukmin lari lintang pukang ke atas bukit bagi menyelamatkan diri.  Diwaktu itu kedengaran  Rasulullah memanggil mereka dari belakang dan berseru, marilah wahai hamba Allah saya ini Rasulullah siapa yang balik kemari dia akan memperolehi syurga. Itulah seruan Rasulullah kepada mereka itu tapi mereka engkar dan terkuburlah mereka itu dimedan perang.
Inilah balasan Allah kepada mereka yang  melarikan diri dengan kedukaan bertimpa kedukaan dan duka pertama kerana terluput daripada mendaptat kemenangan dan luput mendapat harta rampasan perang, dan duka keduanya kerana mengalami kematian dan ketewasan dimedan perang. Balasan yang diterima ini merupakan duka bertimpa dan duka itu gunanya untuk melatih jiwa kamu supaya kamu tahan merasakan pahit getirnya kedukaan dan tahan mengalami penderitaan, tahan tidak berduka cita bila terkenang kepada sesuatu yang telah luput daripada gengaman tangan, dan tahan pula menghadapi malapetaka dan kemalangan.
Oleh itu Allah telah menegaskan, Allah yang mengetahui segala amal dan perbuatan kamu serta apa yang menjadi cita-cita kamu itu samada baik atau buruk, dan masing-masing pasti diberi balsaan.
Ayat ini merupakan doroangan supaya mentaati Allah dan jangan menderhakai Nya.

.
[previous] [next] [home]


.
Rujukan sumber,

Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


Saturday 1 June 2019

Al-Imran Ayat 152


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 152:

Ringkasan tafsir;

Diriwayat alkisah apabila Mukmin pulang ke Madinah dari peperangan Uhud, maka ada sebahagian mukmin bersunggut dan berkata, bagaimana kita terima malapetaka yang seperti ini pada hal Allah ada menjanjikan kita kemenangan, maka turunlah ayat ini bagi menjawab soalan itu;

Allah menepati janji Nya kepada Mukmin untuk mengalahkan musuh dengan kemudahan pertolongan Allah serta keizinan Nya dan akan dapat kalah musuh sekiranya kamu mematuhi perintah Rasul utusan Allah tapi malangnya sebahagian dari kamu engkar derhakai perintah Nabi setelah kamu lihat harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musrikin dilembah sana.

Sebahagian mereka terbayang kelemahan akan kekalahan dalam berfkir beramal dan tidak terdaya kamu mempertahankan keinginan  nafsu yang bergelora mengingini harta rampasan dan bertengkar sesama sendiri, sehingga Allah menghentikan pertolongan yang dikurniakan kepada kamu, kerana sebahagian dari kamu telah menyalahi perintah Rasulullah dan menderhakai pimpinan nya, maka ketika itulah juga terhentilah pertolongan dan terputuslah bantuan Allah.

Sebelum ini, Allah telah menjamin akan menolong hanya kepada mereka yang bertakwa sabar serta taat kepada Allah, maka dengan syarat inilah akan Allah memberi pertolongan kepada mereka yang bersyukur.

Disinilah Allah telah memberi pengajaran kepada Mukmin dalam peperangan itu, dan ada dua golongan Mukmin yang melihat keduniaan dan akhirat, dan mereka yang mengharapkan kepada dunia itu engkar dan menuju kelembah untuk mendapat harta perang, dan mereka yang kekal taat perintah Rasul itu adalah mereka yang kekal berdiri diatas bukit itu dan ingat kepada akhirat, oleh itu berlakulah kekalahan pihak Mukmin.

Kemudian Allah telah menyatakan kesediaan memberi maaf dan mengampun dosa mereka , walau pun mereka telah berdosa disebabkan melanggar dan menyalahi perintah Rasul. Dan kesan dari kemaafan ini ternyata mereka mendapat kemenangan dan kejayaan dalam peperangan “Hamara’ul Asad”.

.
[previous] [next] [home] 

,
Rujukan sumber, 
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Thursday 28 August 2014

Minuman Chindian

Kelazatan minuman Chindian;
[GB] http://t.co/sZPp4thMQR 


THIS PAGE IS CLOSED TO DELETED.