Tuesday 11 June 2019

Al-Imran Ayat 153


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 153:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini telah imbas kembali apa yang berlaku dalam perang Uhud, Apabila mereka melihat Musrikin hampir kalah dan meninggalkan lembah peperangan dan meninggalkan semua kelengkapan harta perang, maka sebahagian Mukmin yang bertahan berada diatas bukit itu menerpa turun mendapatkan harta perang tersebut, kemudian Musrikin mengambil kesempatan itu membalas serangan bertubi-tubi kepada mereka dan Mukmin lari lintang pukang ke atas bukit bagi menyelamatkan diri.  Diwaktu itu kedengaran  Rasulullah memanggil mereka dari belakang dan berseru, marilah wahai hamba Allah saya ini Rasulullah siapa yang balik kemari dia akan memperolehi syurga. Itulah seruan Rasulullah kepada mereka itu tapi mereka engkar dan terkuburlah mereka itu dimedan perang.
Inilah balasan Allah kepada mereka yang  melarikan diri dengan kedukaan bertimpa kedukaan dan duka pertama kerana terluput daripada mendaptat kemenangan dan luput mendapat harta rampasan perang, dan duka keduanya kerana mengalami kematian dan ketewasan dimedan perang. Balasan yang diterima ini merupakan duka bertimpa dan duka itu gunanya untuk melatih jiwa kamu supaya kamu tahan merasakan pahit getirnya kedukaan dan tahan mengalami penderitaan, tahan tidak berduka cita bila terkenang kepada sesuatu yang telah luput daripada gengaman tangan, dan tahan pula menghadapi malapetaka dan kemalangan.
Oleh itu Allah telah menegaskan, Allah yang mengetahui segala amal dan perbuatan kamu serta apa yang menjadi cita-cita kamu itu samada baik atau buruk, dan masing-masing pasti diberi balsaan.
Ayat ini merupakan doroangan supaya mentaati Allah dan jangan menderhakai Nya.

.
[previous] [next] [home]


.
Rujukan sumber,

Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      


No comments:

Post a Comment